Isnin, 11 Jun 2007

Kemudahan Penyiaran Radio dan TV melalui teknologi WiFi


Kemudahan Penyiaran Radio dan TV melalui teknologi WiFi


WiFi seperti yang kita tahu adalah merupakan satu teknologi yang membolehkan peralatan mengakses Internet tanpa wayar, WiFi yang dahulunya digunakan untuk menghantar maklumat Internet, sekarang telah diubah-suai untuk menghantar maklumat video dan audio melalui frekuensi yang sama.


Dengan penghasilan peralatan ini sumber video atau audio boleh disambung terus kepada AP dengan menggunakan jack video ini dan audio in. Video AP ini pula akan menukarkan sumber video dan audio itu tadi terus kepada frekunsi radio yang boleh diakses melalui komuter yang mempunyai kemudahan WiFI.

Memanglah logik penghasilan teknologi ini, kerana radio dan TV yang kita lihat juga menggunakan gelombang radio tetapi gelombang radio itu adalah dilesenkan, frekunsi WiFi boleh digunakan tanpa memerlukan lesen, jadi jika seseorang itu boleh membuat siaran melalui frekunsi 2.4Ghz maka mereka dengan tidak langsung boleh mewujudkan stesen radio mereka sendiri, tanpa memerlukan lesen.

Jika dahulu litupan isyarat WiFi hanya didalam sekita 50 meter sekarang denga AP yang berkuasa tinggi ianya telah boleh merangkumi sehingga 50 km. Jika ada pemancar WiFi maka peralatan penerimaan juga perlulah juga mempunyai kemudahan WiFi, untuk memudahkan pengguna menerima siaran WiFi ini maka WiFi radio telah pun diwujudakan.

Teknologi ini memang tepat pada waktunya kerana sekarang, syarikat besar seperti Google sedang mewujudkan kemudaha WiFi percuma dibandar-bandar besar seperti di San Francisco dan Taipei juga berura-ura untuk mewujudakn kemudahan yang sama.

Jadi kita boleh lihat dimana teknologi WiFi yang dahulunya hanya diwujudkan untuk memudahkan jaringan komputer dipejabat telah dengan secara tidak langsung menjadi teknologi yang boleh mewujudkan kemudahan sampingan seperti WiFi TV dan Radio ini. Kadangkala apabila terdapat pesaingan ianya akan mebuat sesebuah perniagaan itu lebih kreatif, jadi didalam apasahaja bidang persaingan merupakan satu cara positif untuk memperkasakan perniagaan itu sendiri jika dilihat secara positif.

Didalam masa terdekat ini mungkin kita akan lihat peralatan seperti WiFi Adaptor untuk peralatan audio dan mungkin juga WiFi Radio kereta untuk mendengar siaran WiFi menggunakan sistem audio kereta.

Esok kita lihat bagimana teknolgi SKYPE yang dahulu diwujudkan untuk para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan internet sebagai prasarana telefon, telah dengan secara tidak langsung mewujudkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat pengeluar menghasilkan barangan yang serasi dengan teknologi tersebut.

Tiada ulasan: