Khamis, 28 Jun 2007

Menggunakan Kemudahan WEP di dalam WiFi Access Point.


Ramai diantara kita mungkin telah mewujudkan kemudahan WiFi sebagai satu cara untuk kita mengakses Internet tanpa wayar di kediaman, pejabat atau premis perniagaan. Memasang kemudahan WiFi sekarang adalah mudah. Kita hanya perlu membeli peralatan WiFi Access Point yang berharga lebih kurang RM300 dan sambungkan kepada punca Internet kita.

Apabila WiFi-AP telah disambung ke punca Internet, semua komputer di dalam kawasan 100 meter daripada WiFi-AP telah boleh mengakses Internet. Jika kemudahan WiFi yang baru kita wujudkan ini adalah untuk kegunaan persendirian, pastikan sistem sekuriti didalam AP yang dinamakan WEP (Wired Equivalent Privacy) diaktifkan.

Apabila sistem sekuriti WEP diaktifkan, kata laluan akan diperlukan untuk pengguna mengakses kemudahan WiFi yang kita wujudkan.







Terdapat dua cara untuk mewujudkan kata laluan, pertama dengan cara Passphrase dan kedua dengan cara mewujudkan kata laluan itu sendiri.

Tiada ulasan: